Saturday, 12 January 2013

8 Peta Pemikiran



Proses Berfikir = Mendefinisikan

Mengikut Konteks

Peta  Pemikiran = Peta Bulatan



Bentuk:









Langkah Membina Peta Bulatan

1.    Lukiskan sebuah bulatan kecil di bahagian tengah.

2.    Tuliskan topik utama yang ingin diperkenalkan dalam bulatan kecil tersebut.

3.    Lukiskan sebuah bulatan yang lebih besar mengelilingi bulatan kecil tersebut.

4.    Isikan bahagian dalam bulatan besar dengan segala maklumat berkaitan dengan topik tersebut untuk menjana idea (proses sumbangsaran).

5.    Lukis bingkai di bahagian luar bulatan besar untuk menyatakan sumber rujukan atau sudut pandangan daripada pelbagai pihak.



Contoh








Proses Berfikir = Penerangan

Menggunakan Kata/ Frasa
Adjektif

Peta Pemikiran = Peta Buih


Bentuk:








Langkah Membina Peta Buih

1.    Lukiskan sebuah bulatan di bahagian tengah dan labelkan topik utama di dalamnya.

2.    Lukiskan beberapa bulatan di sekelilingnya untuk diisi dengan kata adjektif / kata sifat bagi topik tersebut.

3.    Sambungkan semua bulatan tersebut dengan topik utama menggunakan garis lurus.

4.    Senaraikan seberapa banyak kata / frasa adjektif berkaitan sama ada positif / negatif

. Warna yang berbeza boleh digunakan.

5.    Contoh:

Kata Adjektif – cantik, baik hati, periang, pandai, pendiam, cemburu, malas Frasa Adjektif- bertelinga besar, berion positif, bersisik tebal.





Contoh :









Proses Berfikir = Membanding Beza

Peta Pemikiran = Peta Buih Berganda


Bentuk:







Langkah Membina Peta Buih Berganda

1.   Lukiskan 2 bulatan (berwarna biru dan merah) di dua bahagian untuk menulis 2 topik (objek / idea) yang ingin dibandingkan.

2.    Tuliskan kedua-dua topik tersebut di dalamnya.

3.    Lukiskan beberapa bulatan di sekelilingnya termasuklah di antara 2 bulatan utama.

4.    Sambungkan semua bulatan dengan 2 topik utama menggunakan garis lurus.

5.  Bagi bulatan (berwarna hijau) yang berada di antara 2 topik, gabungkannya dengan kedua-dua topik untuk mewakili persamaan.

6.  Isikan semua perbezaan di dalam bulatan (berwarna kuning atau ungu) yang hanya bersambung dengan 1 topik sahaja.

7.  Peta ini juga boleh digunakan untuk menujukkan persamaan sahaja atau perbezaan sahaja.





                                              Proses Berfikir = Membuat Pengkelasan

                                       Peta Pemikiran = Peta Pokok

Bentuk:


Langkah Membina Peta Pokok


1. Tuliskan tajuk/topik utama di bahagian atas dan gariskannya.
2. Lukiskan garisan untuk mengasingkan topik utama kepada beberapa kumpulan/kategori.
3. Tuliskan setiap kategori pada setiap cabang pengelasan.
4. Senaraikan contoh/penjelasan bagi setiap kategori.
5. Gariskan setiap contoh yang ditulis


Contoh : 






Proses Berfikir = Hubungan Seluruh-
Bahagian

Peta Pemikiran = Peta Dakap




Bentuk:



Langkah Membina Peta Dakap

1.    Digunakan untuk mengkaji / menganalisa objek secara fizikal / maujud

2.    Tuliskan bahagian objek yang ingin dipisahkan dan gariskannya.

3.    Tuliskan bahagian / pecahan utama.

4.    Tuliskan bahagian / komponen yang lebih kecil di sebelah kanannya.

Lukiskan (  { ) untuk menggabungkan / menyatukan objek dan komponennya. 


Contoh :




Proses Berfikir = Urutan

Peta Pemikiran = Peta Alir



Langkah Membina Peta Alir

1.    Tuliskan tajuk ( peristiwa / langkah)

2.  Lukiskan sebuah kotak di sebelah kiri kertas dan isikan dengan langkah pertama untuk menghasilkan / membina / membuat.....

3.    Lukiskan anak panah mengarah ke sebelah kanan.

4.    Lukiskan kotak yang kedua dan isikan dengan langkah seterusnya.

5.    Ulangi langkah sehingga tamat proses yang ingin diterangkan.

6.    Sambungkan kotak dari kiri ke kanan untuk baris berikutnya (jika perlu)

7. Sekiranya terdapat penerangan selanjutnya, lukiskan kotak kecil di bawah langkah utama berkenaan.

8.    Cadangan topik – Apakah yang dilakukan semasa cuti sekolah? 


Contoh :


  
 
Proses Berfikir = Sebab dan Akibat

Peta Pemikiran = Peta Pelbagai
Alir
 

Bentuk :
 
 

 


 
 
Langkah Membina Peta Pelbagai Alir

1.    Digunakan untuk menerangkan  analisis sebab dan kesan.

2.    Lukiskan kotak di bahagian tengah dan tuliskan peristiwa yang dikaji.

3.    Di sebelah kiri rajah, tuliskan sebab-sebab berlakunya peristiwa tersebut dalam kotak berasingan.

4.    Sambungkan setiap sebab dengan anak panah mengarah kepada peristiwa.

5.    Tuliskan beberapa kesan daripada peristiwa tersebut dalam kotak di sebelah kanan.

6.    Lukis anak panah mengarah ke kotak sebelah kanan.

7.    Peta ini juga   boleh digunakan untuk menerangkan sebab atau kesan sahaja.

8.    Cadangan Topik –   Saya berjaya dalam peperiksaan.

Contoh :




Proses Berfikir = Melihat Analogi (Hubungan yang Sama, Mencari Faktor Penghubung)

Peta Pemikiran = Peta Titi
 


Bentuk :



Langkah Membina Peta Titi

1.   Lukiskan sebuah garisan dan tuliskan faktor penghubung (relating factor) di bahagian kiri.

2.         Faktor penghubung (RF) adalah frasa setara yang mengaitkan analogi.

3.         Lukiskan garisan dan tuliskan di bahagian atas dan bawahnya pasangan yang

berkaitan

Contoh :

 


2 comments: